Perbadanan Bandar Baru Tunjong (PBBT) merupakan Badan Berkanun Kerajaan Negeri Kelantan yang dipertanggungjawabkan dengan fungsi sebagai pihak berkuasa induk dan utama yang mengawal dan menyelaras hal ehwal pembangunan Bandar Baru Tunjong. Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan Enakmen Perbadanan Bandar Baru Tunjong 2006 melaui Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 20 dan 21 Februari, 2006 yang lalu.
Visi
Menjadikan Bandar Baru Tunjong suatu pusat pertumbuhan komersial dan bandar baru yang maju, kondusif, selesa sejajar pembangunan berkonsepkan perseimbangan pembangunan rohani dan fizikal selaras motto Negeri “Membangun Bersama Islam”; “Kelantan Menerajui Perubahan”.
Misi
Bertanggungjawab dan berperanan melaksanakan segala fungsi, kuasa dan kewajipan bagi membangunkan dan memajukan Bandar Baru Tunjong dengan fokus memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi, sosial, komersial, infrastruktur, tempat tinggal berteraskan teknologi hijau dan prinsip-prinsip Islam.