Info PBBT
Info Perbadanan Bandar Baru Tunjong
Perbadanan Bandar Baru Tunjong (PBBT) merupakan Badan Berkanun Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan fungsi, kuasa dan kewajipan sebagai pihak berkuasa yang mengawal dan menyelaras hal ehwal pembangunan sebagaimana yang diperuntukkan Enakmen Perbadanan Bandar Baru Tunjong 2006.
Fungsi Perbadanan ialah:
a) Melaksanakan segala fungsi bagi memajukan Bandar Tunjong Baru.
b) Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial di dalam Bandar Baru Tunjong.
c) Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan komersial, pembangunan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal di dalam Bandar Baru Tunjong.
Pembangunan Bandar Baru Tunjong bakal menjadi pusat pertumbuhan komersial dan bandar baru maju, kondusif, selesa sejajar Pembangunan berkonsepkan perseimbangan pembangunan rohani dan fizikal serta motto Negeri, “Membangun Bersama Islam”, “Kelantan Menerajui Perubahan”, dan “Bandar Hijau dan Pintar Negeri Kelantan”