Pembangunan Bandar Baru Tunjong dibangunkan menerusi Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Baru Tunjong 2035 yang telah bermula tahun 2022.
Melibatkan kawasan seluas 1779.8 hektar dan menjadi projek prima kerajaan negeri yang merangkumi dua bandar berdaya maju iaitu Madinatus As-Salam dan Madinah Ramadan.
Pagi tadi saya mempengerusikan mesyuarat Anggota Perbadanan Bandar Baru Tunjong di Bilik Mesyuarat Utama, PBBT.
Insya-Allah, Bandar Baru Tunjong ini akan menjadi mercu tanda dan pusat pertumbuhan ekonomi Negeri Kelantan serta dapat memberi manfaat yang besar kepada rakyat.