FRIM dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menganjurkan ‘Bengkel Kawasan Hijau Bandar Untuk Pengurusan Bersepadu ke Arah Kesejahteraan Masyarakat’ pada 14-15 November lalu di #KotaBharu.
Bengkel ini bertujuan berkongsi hasil kajian FRIM di Taman Perbandaran Tengku Anis, #KotaBharu serta menyediakan platform perbincangan mengenai pengurusan dan pemuliharaan kawasan hijau serta mewujudkan jalinan kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan.
Dr Hasnina Hassan, Pengarah Perancang Bandar dan Landskap, MPKB-BRI menyampaikan ucapan alu-aluan manakala Ahmad Azaruddin Mohd Noor selaku Ketua Projek dan Ketua Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar FRIM (EUF) merasmikan bengkel tersebut.